Thursday, November 12, 2009

apa itu maruah?

maruah letak kat kaki ker?


Maruah letak kat mana e?

Friday, August 28, 2009

Berakhir kisah seorang pejuang

Berakhirlah ksiah seorang pejuang..

Bermula dengan memperjuangkan hak sekelompok yang mahu keadilan ditegakkan maka insan malang ini menggalas tanggungjawab tanpa memikirkan kesan pada diri sendiri. Insan malang ini sering di persalahkan kerana insan ini tidak tahu ingin melawan hanya tahu mendiamkan diri. Insan ini terus berjuang, sesudah sampai kemuncak, sekelompok ini telah mula berkata-kata dengan sinis kerana kesan dari perjuangan insan malang itu terkena tempias kepada mereka, sekelompok ini mula menyalahkan insan malang ini atas sebab tertentu. Selain itu insan malang ini telah dilanda ombak perjuangan kelompok yang di kendong oleh insan ini untuk berjuang bersama-sama dalam memertabatkan apa yang dipegang sekarang.

Insan ini mula mendiamkan diri dan hanya menunggu hari kemuliaan umat islam tiba dan terus menghapuskan segala memori silam dalam perjuangan beliau.

Insan ini tidak ada upaya untuk melawan arus kerana arus itu terlalu kuat dan hanya mampu berdoa kepada yang ESA supaya dapat melawan arus dengan hanya mendiamkan diri.

Selepas dari har kemuliaan umat islam, insan malang ini akan meletakkan perjuangan beliau di penghujung noktah.

Monday, August 17, 2009

susah jadi macam aku! (cerita dari kawan)

susah nak jadi manusia yang berguna pada orang lain...hu2...aku telah lalui itu semua..siapakah aku pada mereka2 itu...aku hanya menjadi barang yang serba guna, multipurpose org england cakap...kejap sana kejap sini..sampai kan aku dituduh atas kesalahan orang lain..

di mana silapnya aku, kekadang aku juga bertanya silap k aku lahir kat muka bumi nih...aku nih dilahir untuk nyusahkan orang ke?

Aku sudah lama hidup macam tuh...ALLAH telah jauhkan aku dari sahabat2 aku yg selalu tlg aku...tapi mereka sahabat aku ke?..hehehe...aku hanya menjadi kuli orang jer..aku masih ingat lagi waktu ketika bertanya pada sekumpulan : mahukah kita semua berjuang demi hak kite? mahu...jawab mereka...ada yang tambah kami akan skong kamu tapi apakan daya bila dah terkena orang yang mulia dituduhnya salah aku...

aku hanya mampu bersabar dan meluahkan benda ni kepada org lain tapi sama sahaja reaksi mula2 nampak macam sokong kite tapi lepas pada tuh mula tinggalkan kita..manusia nih macam2 tapi aku sendiri xtau kenapa aku masih mencari manusia untuk berdamping dengan aku dan x serik diperlakukan begitu...

susahnya jadi mcam aku..ada seorang ustaz beritahu aku bersabar didalam menempuh ujian ALLAH..tapi sampai bila aku mahu jadi mcam nih...hanya duk senyap sahaja..lihat dengar dan pujuk diri sendiri....

sampai bila aku nak memahami orang sedangkan aku xpenah orang nak memahami...susah jadi macam aku...

kadang2 bodoh juga terfikir, nak mati la..nak larila..tapi itulah..bila dah sabar banyak2 macam nila jadinya...diri aku mmg tak sempurna di mata orang lain...aku nih mmg banyak kelemahan..tidak ada satu sikap pom org suka...aku nih jahat ker?aku nih bodoh ker?

aku nak pesan kat orang jangan jadi macam aku...


Luahan hati dari sang purba kepada sang nara di bukit palekmbang dekat2 dengan kuala berang hulu terengganu..hahahahahaha

Wednesday, July 29, 2009

Siapalah aku padanya

Siapalah aku padanya kalau aku tiada guna pada orang itu

Siapala aku padanya kalau aku tiada hak keatas orang itu

Siapala aku dibandingkan dengan orang yang lebih gah dari aku

Siapalah aku pada semua kalau aku mencari sebuah keserasian

Siapalah aku pada semua jika semua berjaya dapat merasainya

Siapalah aku pada semua jika semua menang dan menang

Siapalah aku padanya jika dia tahu pengorbanan aku

Siapalah aku pada semu jika apa yang ku buat hanyalah untuk mereka

Siapalah aku pada diriku jika aku tidak menghargainya.

Siapalah aku pada dunia ini jika aku tidak memilikinya

Wednesday, July 8, 2009

Wah Banyak Nya!!!

Banyak asingment ma sem ni..minggu pertama dah terima kira2 4 asingment..wahhhh!!!!...nk pecah kepala rasanya..bisnes pomrasa xdpt jalan nih,....arghhh tlg aku!!!!

Susahnya.....

Susah bagi seseorang manusia untuk memberi dan menerima rasa sayang terhadap seseorang..hu2..kenapa ye..kenapa ini berlaku..hu2

seseorang dah memberi kenapa susah nak menerima...bila menerima susah pulak untuk memberi...

ce citer sket..hahaha....

Sunday, July 5, 2009

Bila nak sudah nih!!

Assalamualaikum..bila nak sudah nih..tidakkah kita semua terfikir apa yang berlaku di Malaysia, pergolakan politik semakin menyusut pemikiran pemuda pemudi dan juga petua, masing-masing ada merungut kerana politik vs politik, ada yang mempertahankan jiwa mereka terhadap pasukan yang mereka minati tapi kesudahan, tidak ada jalan penyelesaian, tidak ada sebarang tindakan, mereka(ahli politik angin) sudah mengetahui perasaan rakyat yang mahukan mereka bersatu tetapi mereka masih degil kerana tamakn kuasa, kerana tamakan kedudukan, kerana mereka mengetahui mereka hebat dari segala-galanya, APA, mereka boleh buat apa sahaja asalkan mereka dapat nama, pangkat dan duit juga tapi perasaan muslimin dan muslimat tidak diambil kira.

kenapa mesti kita hapuskan kepercayaan kita terhadap sesama islam dan menghapuskan kepercayaan kita terhadap sememangnya mahukan islam itu hancur?kenapa kita masih membuai mimpi dek kemewahan yang telah diberi, kenapa!!

wahai bangsa seagamaku,

jika ini ditakdirkan untuk kita, kita semua perlu bersedia, berjihad untuk merampas kuasa sekiranya kita tersungkur dimedan peperangan politik kali 13 nanti

salam perjuangan dari wz armada

Saturday, July 4, 2009

Come Back!!

Salam dan Salam Sejahtera

Baru sudah mengendali bebudak baru freshie beb...ada yang kerek ada yang biol ada yang tomei ada yang gila-gila tapi itulah hidup kat Unversiti..Dah dekat 1600 masuk kt UDM, satu pencapaian yang hebat dan tidak pernah disangka oleh pihak urusan dan juga PM(pembantu mahasiswa) bukan perdana menteri ye

kos BEN dapat 27 student and we've got 8 boys and 19 girl..this year, makin ramai kaum lain datang ke UDM harap mereka dapat menyesuaikannya.

salam perkenalan kepada freshie..hu2..

Friday, June 26, 2009

Sorry

sorry skrg ada kursus untuk pelajar baru tapi pengalaman kat sini agak okla...belajar tentang how to be a good mr.chairperson. and also get some new knowlegde..i get how to be a formal person(skima r)(protocol)...

nnt i citer yer

Saturday, June 13, 2009

Siapakah Aku pada....

Siapakah aku pada SIAPA, siapakah aku pada DIA, siapakah aku pada BENDA,

semua soalan diajukan pada manusia yang tidak tahu diri dia untuk siapa, manusia ini hanya berjalan mengikut haluan yang telah ditetapkan bak kata pepatah seperti lalang mengikut arah angin bertiup.

manusia ingin berseronok bersama-sama tapi pada masa yang sama keseronokan itu ditarik oleh sekumpulan manusia yang tidak tahu hujung pangkal kenapa mereka membuat begitu. manusia ini terus berfikir adakah salah mereka?adakah salah manusia ini? tapi manusia ini selalu menyalahi diri sendiri, tidak memberi ruang pada diri sendiri untuk manusia ini berbuat seperti sekumpulan manusia yang lain.

manusia ini juga mempunya hati dan perasaan untuk manusia ini berkongsi akan tetapi seringkali ditolak ketepi kerana mahu membelai hati yang lain.manusia ini juga mahu berjaya dalam hidup tapi sekulumit kepercayaan dari darah daging sendiri tidak dapat dirasai hanyalah kata-kata menyuruh manusia ini berundur dan manusia ini pom berundur kerana tidak mahu berlaku rusuhan dalam kumpulan darah daging tersebut.

sekumpulan manusia lain menyuruh manusia ini maju kehadapan untuk berjaya dalam hidup tapi manusia ini tidak mampu mengharungi badai bersendirian, tapi manusia ini gagahkan diri mendayung sampan yang kecil di lautan yang sangat luas berbanding dengan manusia yang lain menaiki kapal yang besar bersama orang yang tersayang untuk sampai ke puncak kejayaan.

hati manusia ini sedih papabila melihat kegembiraan diatas kapal yang besar itu, kerana manusia ini hanya keseorangan untuk mengharungi badai untuk capai kejayaan. manusia ini maih lagi di permulaan untuk berjaya tapi setiap langkah manusia ini mempunyai 1000 halangan untuk ditempuhi, tapi manusia ini tetap menyaingi halangan itu satu persatu...akan tetapi...

manusia ini terfikir bilakah manusia ini akan berjaya?siapakah manusia ini pada siapa?padaDIA?pada BENDA?

p/s:susah nak faham cerita ini...cerita diilhamkan oleh sahabat sy, sorry kepada pendatang blog sy susah nakmemahami..

see ya

Friday, June 12, 2009

Ke Arah Kecemerlangan Kepimpinan Mahasiswa Islam

Motto


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang.baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah".
(Surah AI-Ahzab: ayat 21)

"Katakanlah apakah kamu mahu Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".
"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh (hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak".
(Surah AI-Kahfi : ayat 103-105)

Muqaddimah

Kecemerlangan (excellence) mernpakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu; samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan ALlah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendekata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki olch seseorang, kumpulan atau organisasi.

Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualization (membuktikan kewujudan diri). la mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap sebagai salah satu keperluan asas .manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.

Di antara yang dicita-citakan olch manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempuma dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. la lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.
Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepimpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa figure pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.

Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor- faktor tersebut antara lain ialah

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim 'ulama'.

Allah berfirman

"Hai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal : ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan

Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur. Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masalah) maslahah (kepentingan); dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya.


la juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. la juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan rnenanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.

Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.

Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.

ALlah berfiiman
"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakmurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan ALlah, hari akhirat dan mereka berjihad di jalan ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak memberi petunjuk terhadap kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah at-Taubah . ayat 19 - 20)


3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik

Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.

Perlembagannnya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa. Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas

Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar mcrupakan titik kelemahan yang ketara.


b) Ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa


Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa linguafranca; samada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) ketrampilan moniver


Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-dta organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap/perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) memiliki keperibadian Islam yang baik


Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh AI-Qur'an.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif
.
Pemimpin Mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. la lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. la (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jama'ah berjaya.

Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimililki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang- kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan.zaman kini. Kckurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.


7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistern perkaderan yang baik untuk menampan pemimpin pelapis yang bawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pemimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan cauggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufiq dan inayah Allah

Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah llahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan-amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya , kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullaill, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan keccmerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mercka akan terus terpinggir!

Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan

Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran ummat setelah melalui sekian banyak peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. la perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.

Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang

1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya ummah.

2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat.

3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang mu'tabar

4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif). ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pessimistik dan faham sckularisma dalam amalan dan pemikiran

5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempurna dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah

6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memiliki ciri-ciri warathatu 'n-Nubuwwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif.

7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam.

8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang; samada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order.

9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesenmppatan masa kini..

10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.

Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak

Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha- usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar. bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan olch teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai kelslaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesejahteraan dunia,dan akhirat.

Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya. Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh ALlah.

Semangat dan usaha menentang setiap yang bernama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksikma. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pemah ditegaskan olch Rasulullah s.aw.

"Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya ALlah akan mengenakan mereka dengan seksaan yang merata."

Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam.sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'li 'n nas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira ummatin ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawaban praktikal daripada kita sekalian.




Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerakerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telahpun mencatatkan fenomena ini, dimana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari

Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh Allah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan rangsangan yang menarik manusia supaya mclutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalkan sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh ALlah :

"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat ALlah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".

Tidak dapat dibayangkan betapa suramya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pcngembalian penghayatan ~ maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai'e harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.

Abu Nasr Assaraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat :


- Ahlu 'd-Dunia : kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan sya'ir gurindam.


-Ahlu 'd-Din : kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan ALlah dan meninggalkan tuntutan syahwat


- Ahlu'l Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan fikiran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada ALlah

Tanpa bersikap prejudis lkita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaat, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangan. Semangat kecemerlangan memang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu '1-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu "I-hakimin (hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya. Manusia sendiri dinyatakan sebagai makhluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).



Penutup


Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.

Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendikiawan dan 'ulama' seperti yang sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemaham masing-masing. Barisan penda'wah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan tekad perjuangan semata-mata kerana ALlah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-dta seperti yang diidam-idamkan.

Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan. Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan lain-lain.

Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-,sungguh. Tanah-tanah pusara dan tulang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak dikenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika perjuangan bukan kerana Allah, nescaya had dan usaha mereka menjadi sia-sia.


Kenapa Xngantuk AGi ni??


Dah dekat pukul 2.15 pagi...aku masih xmengantuk, sepupu ku dtg untuk bermain lawan bola tapi aku xmain dia main ngan adik aku.aku terpacak depan laptop sambil edit blog aku

aku nak kongsi dengan korang pengalaman selama 10 minit kuar g beli kfckfc kubang kerian 24hours so ramaila anak muda mudi, berkeluarga kuar g makan kfc, tapi yg sedih nya melihat gelagat anak-anak muda dengan perangai yang tak senonoh, macam mana mak ayah lepaskan anak dara kluar tengah-tengah malam, jumpa lelaki dan pada masa tu aku rasa kene ngan masa sebab aku berpakaian ala org alim pakai kain pelekat baju melayu hihihik, dan sepupuku pakai songkok dan berjaket..bila anak-anak muda mudi tgk mereka terus cabut lari dan sempat aku dengar mereka menjerit jabatan agama datang wei!! rupa2nya ramai lagi kat tempat gelap ngan motor dan yang lebih jelik lagi semasa nak melarikan diri ada sepasang duk betulkan zip seluar lelakinya dan yang perempuan duk tutup butang baju,

aku hanya mampu ucap subahanallah, dan aku terus masuk kfc dan pada masa itu, dalam kfc juga ramai budak muda mudi, dan mereka menjeling kearah kami, dan kami wat dunno je..hehhehe..maklumla jabatan agama kan..hahaha

dan budak counter kfc yg perempuan dengan sopan dan ayu bertanya, nak makan apa, kami tanya xtakut kerja pagi2 dan dia menjawab nak buat macam mana kerja kt kfc tu ramai yg perempuan dan dia ikut shift so bila ramai perempuan maknanya apa yer dan lagi aku terfikir kenapa lelaki xsanggup kerja cashier kfc sedang perempuan sanggup.

dan selepas tu, aku terus mengingatkan cashier suh jaga diri, lepas ni cari kerja yang selamat jgn kire duit banyak tapi xselamat..

dan aku terus ke kedai seven eleven, mak aih mat rempit ngan minah berkumpul tapi yg paling menarik mereka buat dek je kami keluar..sebab kami ingat mereka akan lari tapi tidak..mereka hanya melihat sahaja dan selepas daripada itu, kami terus pulang,

aku terfikir, macam mana la nasib bangsa aku selepas ini kalau kedudukan pemuda dan pemudi macam ini masih ditakuk level 1 bukan level 10, anak bangsa lain mengejar ilmu dan duit anak bangsa kita mengejar duit dan keseronokan.

salam..

3 pekara kabulkan doa

Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.

Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:

"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"

"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.

Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."

Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.

"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.

"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.

"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".

Pengajaran :

3 syarat doa terkabul ialah :

1-Bersihkan harta dari yang haram.

2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.

3-Bertaubat selalu.


Template by : kendhin x-template.blogspot.com